hehOo!!^^

::it's ALL abOut LIFE:: as life is toO shOrt to fOrget Our prEciOus mOments, lets stOrie mOrie then! (^-^)

Thursday, 21 April 2011

*

~jom menuju kasih-Nya~
*=)

harapan~

lelaki akan terpedaya dengan kecantikan wanita...
wanita pula akan terpedaya dgn kekacakan lelaki...
tapi apakan daya...
yang bernama manusia pasti akan terpedaya...
hasutan syaitan yang durjana...
yg kemudiannya melahirkan titik-titik dosa...

kerana manusia ini lemah...
terciptanya daripada tanah...
iman yang serapuh dedaun kering bertebaran...
tapi apakah itu mampu dijadikan alasan...
utk kita manusia terus melakukan kesilapan..

kerana ajal dan maut tidak mampu dijangka..
pasti akan menjemput tiba..
saat itu pintu taubat tidak lagi terbuka..
untuk kita manusia yang seringkali alpha..

sayu hati menangis merayu..
pada Dia yang Maha Tahu..
sesungguhnya tiada apa yang lebih bermakna..
melainkan keampunan dan pertolongan dari Allah yang Esa...

..........................................................................................

kembali aku menjejak kaki ke bumi...
meneruskan langkah yang tiada henti..
selagi nafas menghirup udara...
selagi itu aku bernyawa...
bersama sekalung harapan demi pertolongan-Nya..

kini aku punyai kekuatan...
untuk berjuang dengan cita dan impian...
sambil aku menghitung kerisauan...
masihkah hati bergelumang dosa...
kerana bahang azab-Nya dapat aku rasa...

doa dan teruskan berdoa...
bersama harapan dan cinta kepada-Nya
dan yakinlah selagi engkau di pihak yang benar...
Allah pasti sentiasa ada...
menghulurkan petunjuk dan pertolongan-Nya....~