hehOo!!^^

::it's ALL abOut LIFE:: as life is toO shOrt to fOrget Our prEciOus mOments, lets stOrie mOrie then! (^-^)

Monday 15 August 2011

best woo lagu ni, layan aje~

http://www.youtube.com/watch?v=TT2ZAf-LTys&feature=related
tapi cam salah je lirik nyer....=.=
**dirimu menyalakan sebuah erti**...bukan 'menyalahkan' kowt..^^''
kalau tak silap la..heheehe

berbaik sangka!=)

pinjam gambar mamat ni main boxing,ahahha

Bismillahirahmanirahim...:)


hari ni plan lepak umah ciqa main game Wii...giler syok!!
kepenatan nih main golf, archery, hiking, bowling dll dengan penuh semangat...
sampai gelak menangis tuu, dahsyat!!aahahha..

seryesly lagi best dari playstation ouh...
terbaik punya, kalau main kuda, dengan kita kita skali kena melompat konon2 cam naik kuda betul la,...=P
have a lot of fun after penat giler balik kerja td, thanx ciqa!!!><

ok, back to our topic..
berbaik sangka ni adalah salah satu sifat terpuji yang di tuntut dalam Islam,.
subahanallah..
disebabkan keadaan dan masa,


serta muhasabah diri yang semakin berkurang,
i terlupa tentang nilai berbaik sangka..
astagfirullahalazim,...

tahu tak,
berbaik sangka ni memang banyak kelebihannya
salah satunya hati kita akan tenang,
jiwa jadi tenteram,
dan hidup sentiasa happy!(^-^)

dan disebabkan i tak berbaik sangka la,
i jadi cam tak berapa nak tenang la berbandaing orang lain yang tenang..
sebelum ni,
semua alasan i anggap hanyalah demi untuk menutup kesalahan..
segala penjelasan hanyalah sebagai putar belit cerita yang mempermainkan perasaan i..
orang yang i agungkan kat kawan2 kerana sifatnya yang menghormati wanita dan Islam
rupanya hanyalah propaganda untuk menutup kesalahannya,
nak menguji kita kononnya...
itulah tanggapan i pada orang lain...
hah, kan dah tak tenang, padan muka..=)

jadi,
tak salah rasanya kalau i perbetulkan diri dan mula bersangka baik kan3 ^^
supaya hati kembali tenang..
dan hidup kembali ceria...yeayyyy!!

apa pun orang nak cakap pasal kita,
itu hak mereka...
nak kata kita ni penguin ke, arnab ke, anjing ke erkk??!
nak kata baik ke, nak kata buruk ke pasal kita
bersabar je...yang penting orang tu gembira...
Allah tu kan Maha Mengetahui.. =))


kita hanya perlu teruskan berbaik sangka...
satu hari nanti kita akan sedari kesilapan kita..
mungkin dulu kita cetek pengalaman,
mungkin sekarang kita buta dek mainan perasaan..
lalu tersungkur di pertengahan jalan..
tapi akan datang pasti kita akan celik pengetahuan..
sedar akan kesilapan diri ini...dan
berdiri teguh meneruskan kehidupan
menjadi insan yang lebih baik dari semalam..

sekian saja,
nak sambung main game tennis pulak!
even penat giler main game ni, kerah tenaga ni, tapi best wooo untuk hilangkan tekanan minda, cewah!hehhehe

wassalam

Sunday 14 August 2011

anda wanita serba boleh???=)

Bismillahirahmanirahim...

wow, hari ni dah masuk 15 Ramadhan...kejap aje rasanya dah separuh bulan kita umat Islam menunaikan ibadah puasa...(^-^)
such a nice day today in Kuala Lumpur!!
i am having a great time here with my family and friends...
tapi dalam hati siape aje yang tahu kn...*sengih2 bajet muke cool,woottt~

Adakah anda pernah digelar sebagai wanita serba boleh??
alaa, macam super woman lakonan Nasha Aziz uh...wink wink!
nak jadi cerita pernah lah beberapa kali i digelar wanita serba boleh oleh rakan2 tercinta
konon-konon macam berkebolehan melakukan pelbagai tugas
yang wanita lain macam kurang boleh lakukan...
kembang jap
perasan tak perasan x??ahaha..=P

mustahil lah...=)
apa pun i nih tetap manusia biasa
ada je benda benda yang i tak boleh buat...
kalau boleh buat pun belum tentu sehebat pakar di luar sana
cuma i diberi kelebihan oleh Maha Pencipta iaitu
cepat belajar sesuatu benda baru!hee~

walau apa pun...
adakah i perlu makan??
ya, i juga perlu makan cari duit untuk isi perut sama je macam orang lain..

adakah i perlu belajar??
ialah...sure lor i juga perlu laksanakan tuntutan fardhu kifayah..

adakah i perlukan seorang lelaki??
jawapan untuk ini pon, yes! sbb i pun perlukan teman sehidup semati untuk berkongsi kasih & sayang
gurau senda, gelak ketawa, dan sedih hiba...

haaa, jadi maksudnya i bukanlah seorang yang hebat...atau pun superwoman!
i adalah insan biasa...
jadi, semoga tiada insan yang meletakkan harapan terlalu tinggi pada i
takut esok lusa kalau lah tak capai tahap tu
huru-hara jadinya maa....

okie, sampai sini je lah dulu...
SELAMAT BERIBADAH DI BULAN MULIA INI!!(^-^)
~chill out~

Tuesday 9 August 2011

Imam dan Makmum

assalamualaikum...
rasenye belom terlambat untuk ana ucapkan salam Ramadhan buat teman yg membaca nukilan...=)

fuhh, kali ni nak gune ana anta la pulak..tukar mood cikit di bulan yang mulia ni....hee~
alhamdulillah..
semalam suda malam ke-9 kita menunaikan ibadah terawih, satu2 nya sunat yang hanya terdapat di dalan bulan istimewa iaitu Ramadhan al-Mubarak!
hari ini, terawih ana bertemankan bonda tercinta yang gagah berdiri di sebelah bersama menunaikan solat tahiyatul masjid hinggalah ke witir terakhir..
di dalam kusyu' mengaminkan doa tok imam...
terselit di fikiran..adakah ramadhan akan dtg...ibuku masih akan berdiri disebelahku.......

Setelah selesai solat isya', terawih pula!!(^-^)
seronok berimamkan ustaz yang sangat merdu alunan ayat-ayat suci al-Quran, terasa terlalu pantas solat 8 rakaat berlalu beserta witir...
namun,
sering ana dengarkan lontaran kata-kata kurang senang dari makmum..
apabila imam tersasul membaca ayat-ayat suci al-Quran di dalam solat seperti kelmarin.
adalah kurang wajar bagi ana,
untuk kita mengutuk seorang imam yang hanya terlupa sepotong dua ayat di dalam solat jemaahnya,
yang mana kita belum mampu menghafal senaskah al-Quran sepertinya.., benarkan? =)

sebagai manusia biasa,
terlupa itu kan perkara biasa...
sebab takde manusia yang sempurna di atas muka bumi ini...
ianya juga mengajar..
walau setinggi mana pon kita berada...
kita masih memerlukan antara sesama manusia...

ketika seorang imam terlupa potongan ayat,
maka masih ade bilal dan makmum yang harus tampil membetulkan bacaan tersebut
ini dibenarkan di dalam solat..
apabila direnungkan, ianya melahirkan sifat rendah diri dalam diri ana...
tak kira pangkat umur mahu pun harta,
Allah sentiasa mengingatkan kita tentang sifat2 terpuji..
untuk saling mengingati...
saling menasihati..
dan sentiasa merendah diri..

yang mana feveret ana???hehehhe



Monday 8 August 2011

Hajaratul Aswad

semue pon tau kan hajaratul haswad adalah batu syurga yang Allah turunkan ke muka bumi ni...
lalu diperintahkan oleh-Nya utk diletakkan di sisi kiri multazam, pintu Kaabah..

hajarul-aswad................Islamic Picture Album.........mohammedashrafpa@gmail.com.........irimbiliyam...Jpeg.jpgbatu ni kisahnya semasa diturunkan, warna adalah sgt putih berseri dgn memancarkan cahaya yg sgt bersinar...lalu pancaran cahaya itu ditanda dan dijadikan sempadan tanah haram pada setiap penjuru Kaabah...

tapi skunk ni kalau tgok, btu ni dah jadi hitam...
kerana byknya dosa manusia yg mencium batu ini...

utk menciumnya sgt la mencabar..
terutama golongan lelaki yg gagah perkasa beresak2 utk mendptkn peluang menciumnya..
kami kaum Hawa perlu beratur di sblh kanan setentang multazam supaya tidak tersepit antara kaum Adam.

tapi, al-maklum je ler mak2 arab sama org Iran, mak aih...
xmampu nk lawan bsr dorang..
Namun, pada pndapat saya...tiada yang mustahil jika Allah mengizinkan hamba-Nya mencium batu syurga ni kan? *=)
 apa yang anda perlukan hanyalah---->

Semangat & kesungguhan
disebabkan terlalu ramai yang merebut peluang menciumnya, maka perlu ada determination untuk bertahantanpa berputus asa..mgkin kali pertama mencuba tak berjaya, tapi jangan patah semangat untuk cube lagii....a

Kesabaran
ni yang paling penting kowt! kalau tak cukup kesabaran..maka akan tewas dipertengahan jalan..semasa kali kedua sy mencuba utk cium...bertarung seorang diri kerana ayah ditarik kebelakang oleh org negro yg besar..uhuhu..dah ada depan mata je batu tu, tapi ditarik kebelakang, maka i terus gagahkan diri dengan kudrat dan sekalung kesabaran yg ada untuk masuk semula mendekati batu tersebut...berkat kesabaran sgt berbaloi!!

Doa yang specific
1st time doa, i cume mintak Allah berikan kesepatan buatku untuk mencium hajaratul aswad...i berdoa dgn penuh pengharapan...tapi memikirkan mak i yg dah dihimpit dahsyat di blkg, i mengalah untuk terus mencuba...
kali kedua mencuba pada hari terakhir di Mekah jam 3.30 pagi, ku berdoa pula ''semoga Kau izinkanlah aku mencium hajaratul aswad-Mu ini pada umrah kali ni, di waktu dan ketika ini ya Allah Yang Maha Berkuasa...''

alhamdulillah syukur....
my parent & i diberi kesempatan oleh Allah taala utk mencium hajaratul aswad, Allahuakbar...tiada kata yang mampu menggambarkan perasan kami...harum dan mewangi! =)))